โPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahteraโ ย
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah, sebuah institusi pendidikan sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa berusaha melahirkan murid yang berilmu, berakhlak mulia serta berdaya saing selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Laman web ini dibangunkan sebagai wadah informasi dan komunikasi rasmi sekolah kepada warga SK Kubang Gajah, ibu bapa, komuniti setempat serta seluruh masyarakat. Melalui platform ini, pelawat boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan pengurusan sekolah, aktiviti, pencapaian, serta program pembangunan sahsiah dan akademik murid.
Semoga laman web ini menjadi jambatan penghubung antara sekolah dan masyarakat, serta dapat memperkukuh usaha dalam melahirkan generasi cemerlang untuk masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
โHidup Berilmu Tetap Cemerlangโ
Kubang Gajah, 22-23 Ogos 2025 โ Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah telah menganjurkan program Kembara Cilik yang berlangsung selama dua hari bertempat di kawasan sekolah. Program ini melibatkan penyertaan murid tahap 2 dengan bimbingan guru-guru serta jawatankuasa yang telah dilantik.
Program Kembara Cilik ini bertujuan membina sahsiah diri, mengasah kemahiran berpasukan serta melatih murid untuk lebih berdikari melalui aktiviti berbentuk perkhemahan dan kembara.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk:
LDK 1 โ Latihan Aksi Cilik
LDK 2 โ Kembara Halangan
LDK 3 โ Rimba Malam
LDK 4 โ Kawad Kaki
LDK 5 โ Chef Cilik
Aktiviti riadah seperti senaman pagi, kawalan keselamatan malam, serta sesi kerohanian.
Majlis ini dipengerusikan oleh Dr. Nor Halmey bin Hamdah, dengan kerjasama barisan guru serta jawatankuasa yang diketuai oleh Pn. Zarina bt Othman, Pn. Murniyati bt Ramli dan penyelaras utama, Pn. Wan Noraini bt Mat.
Menurut Guru Besar, program ini selaras dengan usaha sekolah dalam menyokong Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang menekankan pembelajaran bermakna, kepimpinan murid serta penglibatan aktif komuniti sekolah.
Suasana penuh semangat jelas terpancar apabila murid-murid menunjukkan kerjasama dalam setiap aktiviti. Guru-guru juga memainkan peranan penting sebagai fasilitator dan pembimbing sepanjang perkhemahan berlangsung.
Program berakhir dengan majlis penutup yang diserikan dengan persembahan murid serta penyampaian sijil dan hadiah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid, guru serta jawatankuasa pelaksana yang telah menjayakan Program Kembara Cilik SK Kubang Gajah 2025!
Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah telah mengadakan Hari Bicara Akademik bermula jam 12.30 tengah hari.
Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta maklumat perkembangan pembelajaran murid kepada para waris. Melalui sesi ini, ibu bapa dan penjaga berpeluang berbincang secara terus dengan guru mengenai prestasi akademik, sahsiah, dan pencapaian anak-anak mereka.
๐ Lokasi Program:
Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3): Podium Sri Gading
Tahap 2 (Tahun 4 & 5): Bilik PAK21
Hari Bicara Akademik ini menjadi medium penting untuk mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha meningkatkan pencapaian murid serta memastikan perkembangan holistik mereka terus terjamin.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada semua waris yang hadir dan turut sama memberi sokongan demi kejayaan anak-anak di SKKG.
Ceramah Persediaan ke Sekolah Menengah (Feeder School) telah berjaya dilaksanakan pada 21 Ogos 2025 (Khamis) bertempat di Makmal Komputer SKKG.
Program yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 10.10 pagi ini telah disampaikan oleh Cikgu Norazlina binti Jamaluddin, Kaunselor SEMSIRA, dengan penglibatan semua murid Tahun 6.
Sepanjang ceramah, murid-murid diberi pendedahan mengenai persediaan awal, penyesuaian diri, serta langkah-langkah penting menghadapi alam persekolahan menengah. Suasana program berjalan lancar dengan kerjasama baik daripada guru bertugas iaitu Ustazah Hasmawati dan Cikgu Azzairun.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat dan keyakinan kepada murid Tahun 6 dalam menempuh fasa baharu kehidupan persekolahan mereka.
๐ฐ Berita SKKG โ Program Asnaf
Pada Selasa lepas 19 Ogos 2025, Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah telah mengadakan Program Asnaf bertempat di Cmart Arau.
Menerusi program ini, murid-murid asnaf telah dibawa membeli-belah dalam suasana penuh ceria dan mesra oleh guru-guru pengiring iaitu Pn Murniyati Ramli (PK HEM), Pn Wan Noraini dan Ustazah Norhayati. Aktiviti ini bertujuan menyantuni serta memberi pengalaman bermakna kepada mereka, di samping menanam nilai keprihatinan dan rasa syukur dalam kalangan warga sekolah.
Program berjalan lancar dengan kerjasama pelbagai pihak dan diakhiri dengan senyuman kegembiraan pada wajah murid-murid yang terlibat. Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk terus memperkukuh budaya prihatin dan kasih sayang di SKKG.
"๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ซ๐, ๐๐ข๐ค๐ ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐ฅ๐๐ก"
"๐๐๐ซ๐ฆ๐๐ญ๐ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฌ
28 Mei 2025 โ Tarikh yang akan terpahat dalam ingatan warga pendidikan negeri Perlis, apabila satu majlis penuh makna berlangsung di Podium Seri Gading bagi meraikan persaraan seorang tokoh pendidik yang disegani, Cikgu Salleh bin Man.
Majlis yang meriah dan penuh emosi itu bukan sekadar acara perpisahan, tetapi satu penghormatan tertinggi kepada insan yang telah menabur bakti selama berdekad lamanya. Dalam senyuman yang diukir, dalam pelukan sahabat dan anak didik, terselit sejuta kenangan, pengorbanan dan jasa yang tak terhitung nilainya.
Cikgu Salleh bukan hanya seorang guru , beliau adalah pencerah jalan dalam kegelapan, pendidik yang sentiasa melihat potensi dalam setiap anak muridnya. Beliau adalah suara yang menenangkan ketika gelisah, dan tangan yang sentiasa sedia membimbing tanpa jemu. Ramai yang mengakui, tanpa bimbingannya, mereka tidak akan berada di tempat mereka hari ini.
Buat rakan-rakan guru, Cikgu Salleh adalah sumber inspirasi dan teladan. Buat murid-murid, beliau adalah figura ayah, mentor dan sahabat. Buat ibu bapa, beliau adalah sandaran harapan. Dan buat warga pendidik Perlis, beliau adalah ikonย lambang kegigihan, keikhlasan, dan keteguhan hati dalam dunia pendidikan.
Kini, setelah sekian lama mencurah ilmu dan membina insan, Cikgu Salleh melangkah ke fasa baharu kehidupanย fasa istirahat yang selayaknya dipenuhi dengan kedamaian, kasih keluarga, dan keberkatan.
Kami ucapkan selamat bersara, Cikgu. Semoga segala jasa dan ilmu yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berterusan. Nama Cikgu akan terus hidup dalam lipatan sejarah pendidikan Perlis dan terpahat dalam hati kami semua.
"Guru mungkin telah menamatkan tugasnya di bilik darjah, namun suaranya akan terus bergema dalam setiap kejayaan anak muridnya."
Terima kasih, Cikgu Salleh bin Man.